Thursday, 14 December 2017

PROMOSI MELETOP VIVIX SHAKLEE AKHIR TAHUN 2017

YES..Year End Sale..akhir tahun boleh dikatakan banyak promosi2 yang berlangsung kan..kalau baju tu..kadang naik juling biji mata tengok harga promosi..tapi bukan sahaja baju atau tudung yang ada promosi best akhir tahun ni. Vitamin Shaklee pun ada promosi meletop juga tau. Vivix Shaklee..yati tau vivix ni menjadi pujaan hati ramai orang nak minum dia..jadi waktu promosi nilah anda perlu ambil peluang beli Vivix banyak2..kalau tak boleh beli 2 botol,beli 6 botol pun boleh..nanti dapat percuma 1 botol so JIMAT Rm475...wow banyaknya.


Agak2 nampak tak apa yang untung..apa yang best dengan promosi vivix ni?Oklah, yati terangkan lebih bagi terang lagi bersuluh ya..

Begini PROMOSI GEMPAK VIVIX AKHIR TAHUN 2017 .

2 botol diskaun 5% (jimat Rm40 lebih kurang)
6 botol vivix dapat PERCUMA 1 BOTOL lagi Vivix(Jimat Rm475)

Bukan sahaja jimat dalam pembelian..tapi ada lagi...dapat cash back laagii
Berapa cash back tu?Banyaak..untuk 6 botol dapat cash back Rm250.80..wowww...🎶🎵
.
Penjimatan ni BULAN INI SAHAJA tau.Beli Vivix dapat lagi :

Nak order sendiri?Ok boleh..klik ORDER 6 BOTOL VIVIX SENDIRI.

Nanti selepas pembayaran dan yati contact anda ya.Jangan risau laman web Shaklee safety.

KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE.KLIK SINI.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 15 November 2017

7 Langkah Mudah Beli Shaklee Sendiri Secara Online

Berita baik untuk semua peminat tegar vitamin Shaklee anda boleh membuat sendiri pembelian Vitamin secara online melalui aplikasi eSell.

Jadi anda boleh membuat pembelian secara terus tanpa menghubungi mana-mana pengedar Shaklee. Tapi macam mana pula dengan cara makan vitamin?Jangan risau,selesai order, yati akan hubungi anda untuk menerangkan cara makan vitamin dengan betul, kerana anda adalah tetap pelanggan tersayang yati.Best ke best?Mesti la best kan. Selepas klik-klik, anda tunggu je abang posmen datang hantar vitamin.

 Order Vitamin Anda



Langkah-Langkah nak order Secara Online


1.Pergi mana-mana entry dalam blog yati , scroll bawah sekali, Klik link yang yati bagi contoh "ORDER SENDIRI VITAMIN BUASIR"

2. Paparan website Shaklee akan terpapar. Klik pada Agree jika anda mahu terus membuat belian. Dan klik pada butang Next.

Pilih Agree

3. Produk yang anda mahu beli akan terus terpapar. Anda boleh kurangkan atau tambah jumlah produk pada bahagian 'Quantity' dan klik pada butang 'Update'. Anda bersetuju, terus klik pada butang 'Checkout'.





4.Isikan butiran anda dengan lengkap. Dan klik pada butang 'Continue' bagi meneruskan proses beli Shaklee online.

5.Semak semula butiran anda, puas hati dan klik pada 'Proceed for Payment'.


6. Anda hampir selesai beli Shaklee online. Pilih kad anda Visa/Master. Kemudian masukkan 'Card Holder Name', 'Credit/Debit Card Number, 'Expiry Date' dan 'Security Code'(3 nombor di belakang kat debit/credit anda'. Selesai, klik pada confirm payment. Anda akan terima MSOS code  melalui HP anda.

7. Masukkan MSOS code dan klik pada butang OK.

8. Akhir sekali, anda akan menerima slip berserta Sales Order Number. DONE!!

TAHNIAH ANDA SUDAH BERJAYA...So tunggu aje abang posmen datang hantar vitamin.

Sebarang pertanyaan dan kemuskilan boleh hubungi yati terus ya...Selamat bershopping Shaklee secara ONLINE...:-)

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Monday, 13 November 2017

VITAMIN SHAKLEE;TESTIMONI BERPANTANG IBU KEMBALI SIHAT DAN CANTIK DENGAN CEPAT

Indahnya waktu berpantang jika semuanya dalam keadaan terurus, setiap pagi ada mak cik datang berurut dan bertungku, setiap hari mandi dengan air rebusan serai wangi, perut pula dipakaikan bekung supaya cepat kempis dan perut tak masuk angin..makan pula terhidang...indah bukan?

Tapi tak semua orang menerima nasib yang indah seperti yang digambarkan di atas..tak kira apa jua keadaan yang ibu2 perlu lalui,bertenanglah,syukurlah di atas anugerah si kecil oleh Allah taala.
Artikel kali ini, saya nak kongsikan beberapa testimoni indahnya berpantang dengan vitamin shaklee. Pengalaman saya sendiri pun cukup indah (Baca sini). Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu2 yang tengah mencari vitamin atau suplimen untuk diamalkan sewaktu berpantang nanti.

TESTIMONI 1
Seronok si suami bagi feedback untuk isterinya yang bersalin ceaser amalkan set berpantang shaklee

TESTIMONI 2

"berpantang dgn set shaklee..sgt2 membantu..luka luar cpt kering..cpt sembuh..walaupun mula2 sakit sikit2 tp berkat amalkan dgn konsisten skrng byk perbezaan..bdn segar..tak letih..sentiasa rasa kenyang..pergi klink pun org akn tegur kenapa jln laju sgt..tak nmpk mcm org bersalin operation pun.. syukur sgt2 kali ni luka cepat sembuh..berbanding anak yg no 1 dan 2 dulu..susu pun sangat meriah..thanks shaklee kerana membuat saya rasa segar bugar..tak letih..bertenaga spnjng hari..rasa rugi lambat tahu pasal shaklee.."
.


TESTIMONI 3

"Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan"
-Pn Asilah Azmi




Alhamdulillah..seronokkan baca pengalaman ibu2 berpantang dengan vitamin Shaklee ni. Waktu berpantanglah nak manjakan diri lebih sikit berbanding waktu biasakan..nak baik pulih badan kita yang dah banyak tenaga dan nutrisi kita habiskan , bayi ambil dari badan ibu..jadi waktu berpantang ni gunalah sebaik2nya supaya badan kita kembali sihat dan cantik untuk berpuluh-puluh tahun akan datang.Jangan kata 2 orang anak,10 pun boleh jika dah rezeki kan....hehehehe.

JOM IBU-IBU, DAPATKAN VITAMIN BERPANTANG SHAKLEE SEKARANG,HUBUNGI YATI DAN DAPATKAN JADUAL MAKAN VITAMIN DENGAN BETUL KHAS UNTUK PELANGGAN YATI SAHAJA.


KEISTIMEWAAN SET BERPANTANG SHAKLEE.KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Friday, 10 November 2017

PENGALAMAN BERPANTANG;LUKA CEPAT SEMBUH,MUKA BERSERI,SUSU BADAN MERIAH

Yati dan Hero-hero sekarang 2017

Alhamdulillah, diizinkan sekali lagi untuk yati berkongsikan pengalaman sendiri berpantang dengan vitamin Shaklee (Vitalea,B complex,Vitamin C,Ostematrix,ESP & Omega Guard). Mesti bila baca senarai vitamin yang yati makan tu pun dah semput kan?Memangla nampak banyak..tapi kita bukannya makan semua vitamin tu sekaligus...ada waktu2 yang terbaik untuk kita makan.Waktu terbaik?Yalah..waktu terbaik untuk dapat kesan yang terbaik kena ada cara makan yang betul.Jadual makan yang betul ni yati memang akan bagi untuk semua pelanggan tersayang yati..best tak?

Ok, berbalik kepada vitamin terbaik berpantang shaklee ni..yati amalkan semenjak hamil lagi..dan teruskan juga sewaktu berpantang.Selepas bersalin hari pertama yati dah makan Vitalea,Vitamin C,B complex dan Ostematrix, 4 vitamin ni je yang bawa ke hospital.Hari ke2 dah boleh keluar wad.

Hari ke2 semasa kat rumah tu,ramai orang,bukan sebab datang melawat yati..tapi sebab ada majlis tahlil kat rumah...apa yang yati sangat teruja waktu tu adalah semua yang datang rumah semua cakap,baru hari ke2 ke?dah kenapa ibunya sangat2 bertenaga,"tok pucat" kata orang Kelantan.Ramai cakap yati berseri2..auww...bukan yati cakap tau..orang ramai yang cakap.Alhamdulillah.

Lagi kesan vitamin berpantang shaklee ni, serius tak ada masalah sembelit..sembelit ni yati trauma tau..sebab anak pertama dia punya tahap sembelit sampai tahap buasir.Orang cakap kalau anak pertama buasir mesti seterusnya buasir juga...tp syukur sangat mimpi ngeri buasir tu tak berulang..kalau tak xde la senyuman berseri yati kan..hehehe.Orang buasir dan sembelit ni kita tengok muka pun dah tau ada masalah..muka ketat je nampak...

Uwais Dzulkarnain Hari Tabika Perpaduan

Susu badan?Ok,susu badan ni...Allah murahkan rezeki untuk Uwais Dzulkarnain (gambar di atas orangnya)..memang tak beli pun susu tepung standby..memang niat nak menyusu sepenuhnya Uwais ni.Jadi memang xde masalah susu badan untuk Uwais selama setahun.

Lagi satu yang paling suka dengan vitamin berpantang shaklee ni, berat badan cepat turun...masa mula mengandung buka buku merah 53kg..ni awal mengandung anak ke 2.Selepas bersalin,yati memang tak ada masalah untuk turun berat badan...makan memang tak ingat dunia sebab menyusu kan.Tapi masih maintain kurus...ya Allah best kan.Ini kisah 5 tahun lepas..dan kisah ini akan sentiasa tersemat dihati yati.Kenangan terindah berpantang dengan vitamin shaklee.Semoga ibu2 diluar sana juga seperti yati ada kenangan terindah bersama vitamin shaklee.

Last, kesan untuk kulit...malas nak cakap panjang, kan cakap yati perasan.Satu je nak bagitau...selepas bersalin "bertambah muda".....yeayyyyy...hehe.
VITAMIN BERPANTANG SHAKLEE

Oklah..bakal2 ibu..memang rugi sangat tau tak cuba vitamin berpantang Shaklee ni...cubalah untuk kesihatan dalaman dan juga kecantikan ibu2.Vitamin ni bukan sahaja beri manfaat kepada ibu2, tapi juga bayi mendapat manfaat sama melalui susu ibu...boleh kuatkan sistem imunisasi bayi dan juga bagi kulit cantik untuk bayi.

KESAN BERPANTANG DENGAN VITAMIN SHAKLEE.KLIK SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 8 November 2017

Tips Atasi Buasir Dengan Cepat Dan Berkesan

Sakitkah Buasir?Hanya mereka yang pernah mengalami buasir sahaja yang tahu dan mengerti sakitnya buasir...Kadang bila terkena buasir,hilang senyuman diwajah..yang timbul adalah kekerutan di dahikan...bertabahlah kawan..

Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.


Panduan mengelak buasir

  • Minum air sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter sehari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

  • Ubah gaya hidup kita & cegah simptoms dengan vitamin Shaklee

1.OSTEMATRIX : bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.


2.OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3.VITAMIN C SUSTAINED RELEASE : Membantu menyembuhkan luka dalaman dan di bahagian dubur dengan cepat. Pengambilan Vitamin C amat disarankan terutama buat pesakit buasir yang mendapati keluar darah ketika membuang air besar (najis berdarah).

TESTIMONI VITAMIN SHAKLEE UNTUK BUASIR

TESTIMONI 1


TESTIMONI 2

Lagi tips menarik tentang buasir,yang membuatkan anda tersenyum manis..KLIK SINI.

Apabila anda ada tanda-­tanda buasir, segeralah dapat­kan nasihat doktor. Ini penting kerana rawatan awal bukan saja lebih mudah dan murah tetapi ia dapat mengelakkan berlakunya komplikasi lain atau pembedahan yang lebih besar. Dapatkan vitamin buasir sekarang untuk mengelakkan buasir bertambah parah dan mengganggu kehidupan seharian anda.

Berita baik untuk semua.Anda boleh buat tempahan vitamin buasir dengan klik link ORDER SENDIRI VITAMIN BUASIR. Selepas order yati akan hubungi tuan/puan untuk jadual makan vitamin dengan betul.Pihak Shaklee sendiri akan proses order dan menghantar vitamin direct kepada pihak tuan/puan.


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 20 August 2017

Cara Kuruskan Badan dengan Vitamin Cepat dan Berkesan

Hari ni yati nak kongsikan satu rahsia...ha rahsia yang tidak lagi rahsia ya..Jika anda sekarang dalam proses menurunkan berat badan, sila baca sampai habis apa yang yati tulis, kerana yati yakin dapat membantu anda untuk menurunkan bacaan kilo penimbang nanti.Best ke best?

Rahsianya ialah dengan amalkan minyak ikan..minyak ikan tulen ya..bukan minyak yang kita guna untuk goreng ikan..kalau amalkan yang tu jangan kata nak kurus, penyakit lain pun boleh dapat nanti.Hehehe...



✿ RAHSIA MINYAK IKAN BANTU UNTUK KURUSKAN BADAN ✿

Omega Guard Shaklee mengandungi EPA dan DHA. Asid lemak omega 3 ini membantu meningkatkan paras hormon "leptin". Leptin ini adalah hormon yang bantu mengawal selera makan. Jika paras leptin dalam badan adalah tinggi maka selera makan kita akan berkurang.

Leptin ini juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, maka cepatlah lemak dibakar di mana akan membantu kita untuk kurangkan berat. Maknanya lemak-lemak yg jahat akan dibakar...so tinggal lah lemak-lemak yang baik, contoh lemak yang bagus ialah OMEGA 3 FATTY ACIDS.

Kenapa kita sentiasa rasa lapar?
Rasa lapar berpanjangan berpunca dari hormon leptin yang tidak neutral dan tidak dapat berfungsi dengan baik seterusnya gagal memberi isyarat lapar dan kenyang dengan baik ke otak dan menyebabkan kita terus mengambil makanan walaupun sebenarnya tubuh perlukan tambahan air bukan makanan.

Jadi, dimudahkan cerita...nak kurus haruslah kita perbaiki dulu hormon leptin (hormon yang menghantar isyarat lapar dan kenyang pada otak).Untuk baiki hormon leptin, haruslah mengamalkan pengambilan omega 3 iaitu omega guard shaklee. Bila dah baiki, so takde la kita akan lapar sentiasa yang menyebabkan lemak bertimbun dalam badan dan kesannya jadilah obesiti.


Info Ringkas mengenai Leptin
  • Leptin membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Leptin adalah sejenis hormon yang adipose-generated, yang bermaksud dihasilkan oleh lemak badan.
  • Leptin menghantar isyarat kepada otak supaya menghadkan rasa lapar. Semakin rendah tahap leptin, semakin mudah seseorang itu berasa lapar. 
  • Rangsangan leptin mengurangkan aktiviti neuropeptida Y, iaitu neurotransmitter yang boleh mencetuskan refleks kelaparan. Neuropeptida Y pada tahap yang tinggi juga boleh mengurangkan pengeluaran tiroid, yang mana tiroid boleh memberi kesan yang negatif terhadap metabolisme.
Ok, sekarang dah faham kan fungsi minyak ikan dalam membantu anda kuruskan badan. Jadi apa tunggu laggi, jom beli minyak ikan. Tapi pastikan minyak ikan yang di beli adalah yang betul-betul berkesan dan tidak mendatangkan bahaya kepada badan kita.

Tahukah anda tidak semua minyak ikan ni terbaik dan selamat?Ada minyak ikan yang diperbuat dari hati ikan yang mengandungi toksid.
Berbeza dengan shaklee, ia selamat dan ia adalah minyak ikan terbaik di dunia dengan sumber DHA dan EPA yang lengkap dalam memenuhi keperluan tubuh dan otak kita.

Keistimewaan Minyak Ikan Shaklee
.
Shaklee juga menggunakan satu kaedah ultratulen ber-gred pharmaceutical yang berteknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.
.
Ianya dihasilkan melalui proses penyulingan (3 molekul) – ekstrak asid lemak yang paling tulen dan paling semulajadi, menyingkirkan bahan-bahan berbahaya.


TESTIMONI KURUS DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE




Bagaimana Omega Guard Shaklee Membakar Lemak?

Hubungi yati di talian 013 222 1663 untuk dapatkan Konsultasi PERCUMA serta tips-tips cara pengambilan yang BETUL dan TEPAT untuk anda. 

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Thursday, 17 August 2017

CEGAH KOLESTROL TINGGI DAN PERUT BUNCIT DENGAN SEGERA

Ramai yang beranggapan hanya orang berbadan besar sahaja yang akan mengalami koelstrol tinggi, namun pada hakikatnya faktor kurus atau besar badan seseorang bukanlah penyebab kolestrol tinggi. Jadi janganlah terkejut jika anda berbadan slim, tapi disahkan kolestrol tinggi.




BAHAYA KE KOLESTROL TINGGI  NI?
Ya,,sangat bahaya.Walaupun ia bukanlah dipanggil penyakit tetapi ia boleh memberikan impak yang buruk kepada diri kita. Kolesterol terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Jadi penting untuk kita menjaga kolesterol pada tahap yang sepatutnya.

Antara masalah yang biasa berlaku ialah:
  • Strok
  • Serangan jantung
  • Penyempitan arteri
  • Darah tidak mengalir dengan baik
Artikel hari ini saya akan berkongsi bagaimana vitamin Shaklee membantu anda dalam menurunkan paras bacaan kolestrol kepada bacaan yang normal. Apa yang menariknya, set kolestrol ini bukan sahaja membantu masalah kolestrol tinggi, malah memberikan bonus untuk mereka yang sedang berusaha untuk mengempiskan perut dan ingin turunkan berat badan.

Hot Selling Set Kurus, Kolestrol, Masalah Perut Buncit


Kelebihan set ini:-
-Kurus dan perut kempis
-kurus dengan cara sihat
-kurus dan cantik sekaligus
-kurus dan kolestrol turun
-kurus dan bijak
-kurus dan lebih mengancam


INFO PRODUK




*Phytocol-ST – Menurunkan kolestrol secara semulajadi
Sterol dan stanol tumbuhan adalah sebatian semula jadi yang ditemui dalam tumbuhan, buah, sayur dan bijian. Kajian menunjukkan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Oleh kerana ia mempunyai struktur yang serupa dengan kolestrol, mereka akan bersaing untuk penyerapan dan sekaligus membantu meningkatkan kesihatan. Lagi kurang lah risiko saluran darah anda menyerap kolestrol LDL daripada makanan.

Jadi sekiranya anda siap-siap ambil supplement Phytocol-ST ini sebelum mengambil makanan yang berkolestrol tinggi, kandungan sterol dan stanol tumbuhan yang semula jadi ini (dan mempunyai struktur serupa dengan kolestrol), akan menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan.

Jadi ia menghalang penyerapan kolestrol ke dalam tubuh badan anda secara semulajadi.





*LECITHIN - Untuk pecahkan lemak dengan lebih berkesan.
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.


*OMEGA GUARD - untuk membantu pembakaran tenaga dengan lebih pantas apabila disertai dgn senaman. Jadi lemak2 dpt diuraikan lebih cepat utk digunakan oleh otot. Juga membantu mengawal.selera makan.
-EPA & DHA dalam Omega Guard membantu menurunkan kadar bacaan kolestrol

TESTIMONI BAGAIMANA SET KOLESTROL VITAMIN SHAKLEE MENURUNKAN PARAS BACAAN KOLESTROL

TESTIMONI 1 : KOLESTROL TURUN 50%

TESTIMONI 2 : PARAS KOLESTROL TURUN BACAAN NORMAL


Macam mana nak tahu kolestrol anda tinggi atau tak? Pergi klinik buat peperiksaan kolestrol...jika tinggi bertindak segera jangan sampai sikap sambil lewa suka melengahkan itu mendatangkan kesan yang membuatkan anda menderita seumur hidup..Jika kolestrol rendah pun, vitamin shaklee yang saya cadangkan ni boleh juga di amalkan...sesungguhnya mencegah itu lebih senang daripada merawat.

sms/whatsapp 013 222 1663

Berita baik,anda boleh buat tempahan sendiri untuk dapatkan vitamin Kolestrol dan Perut Kempis.Yati akan hubungi anda untuk jadual makan vitamin dengan betul.Pihak Shaklee akan proses order anda dan membuat pengeposan dengan segera.Nak order?Klik ORDER VITAMIN.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663 ID No :909121

Wednesday, 19 July 2017

Merawat Keputihan Dengan Segera Dan Berkesan

Putih itu suci..tapi bila seseorang itu menghadapi masalah keputihan,keadaannya tidak lagi sesuci yang dimaksudkan...Masalah keputihan sering menghantui wanita sama ada remaja, isteri dan ibu mengandung akan mengalami masalah keputihan ini. Kesannya tidak boleh dijangka, gatal,perit, tak selesa, bau busuk dan juga medatangkan bahaya kepada anak jika mengandung. Jadi, masalah keputihan ini tidak boleh dipandang ringan jika anda mengalaminya. Jangan risau, yati akan kongsikan cara untuk atasi masalah keputihan dengan cepat dan berkesan.



Keputihan ada dua jenis iaitu keputihan normal dan abnormal (tidak normal)


"Keputihan normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman. Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui."
"Keputihan tidak normal pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman."
Bahaya ke tidak keputihan kepada wanita?

Diantara keburukan keputihan ini ialah:
  1. Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
  2. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.
  3. Boleh menyebabkan kanser rahim yang boleh membawa maut.
  4. Berpotensi menyebabkan kemandulan.
Antara perkara yang perlu dilakukakn untuk mencegah keputihan daripada terus merebak ialah:

1.Jaga kebersihan pakaian dalam dan luar
- Pastikan anda tidak memakai pakaian dalam yang sama terlalu lama dan gunalah jenis pakaian yang diperbuat daripada cotton. Pakailah pakaian luar yang tidak terlalu ketat,bagi memastikan pengudaraan yang bagus.

2.Makan Yogurt
-Ini kerana yogurt merupakan makanan yang mengandungi sumber probiotik yang sangat tinggi.Kandungan bakteria baik dalam yougurt akan melawan pertumbuhan bakteria jahat di dalam vagina yang menyebabkan keputihan.

3.Amalkan makanan tambahan/suplimen yang berkualiti tinggi
-Pastikan suplimen yang anda makan adalah yang betul-betul semulajadi, bebas bahan kimia (jika tidak akan memburukkan lagi keadaan). Yati cadangkan amalkan Alfalfa, GLA Complex & Garlic Shaklee. Ini kerana vitamin Shaklee merupakan vitamin dijamin 100 % SEMULAJADI, BERKESAN, HALAL & SELAMAT untuk jangka masa panjang. Petua yang ketiga yati kongsikan ini adalah petua yang semulajadi tapi dimodenkan ke dalam bentuk pil..

Set Keputihan ini sangat-sangat lah best, ini kerana ia merawat terus dari dalam atau punca menyebabkan berlakunya keputihan..Jom kita lihat macam mana Vitamin ini bertindak untuk mengatasi masalah keputihan yang berlaku..


ALFALFA COMPLEX


✔ Mengurangkan rasa gatal akibat jangkitan cengan cepat.

✔ Menghilangkan bau busuk pada faraj.

✔ Membuang toksik dalam tubuh.

✔ Tubuh lebih kuat melawan jangkitan kuman.


GLA COMPLEX

GLA COMPLEX SHAKLEE
✔ Menghalang jangkitan kuman dan kulat pada faraj.

✔ Menghilangkan keputihan dengan cepat.

✔ Mengimbangi tahap gula pesakit diabetis dan mengurangkan keputihan.

GARLIC 


✔ Antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh.

✔ Menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.


"KEPUTIHAN JANGAN PANDANG RINGAN "

-Dr Hamid Arshat


TESTIMONI MENUSUK KALBU


Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu puan yang menghadapi masalah keputihan yang sering mengganggu kehidupan seharian sama ada yang belum berumah tangga atau sudah berumah tangga. Hubungi yati sekarang untuk tempahan vitamin yang bermutu tinggi ini.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Wednesday, 31 May 2017

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE YANG BETUL SEMASA PUASA


Memandangkan kita sekarang di bulan Ramadhan...dan juga ramai yang mesej saya tanya pengambilan cara makan vitamin pada bulan puasa, jadi hari ini yati nak sembang sikit  kenapa perlunya vitamin pada bulan puasa dan cara makan dengan betul serta berkesan.




Bulan Ramadhan bulan yang banyak mengandungi hikmah didalamnya. Beruntunglah anda yang dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadhan, karana puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia ia juga akan membersihkan Jasmani manusia itu sendiri, puasa sebagai alat penyembuh yang baik. Semua alat pada tubuh kita sentiasa digunakan, boleh dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam. Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh kerana itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Pengambilan suplimen BUKAN pengganti kepada makanan seimbang kita, sebaliknya hanya MEMBANTU badan kita untuk mendapatkan nutrisi yg tidak lengkap disebalik GAYA HIDUP yg kebanyakan daripada kita yg tidak konsisten mengamalkannya secara berkualiti dan bermutu tinggi. Oleh itu dengan pengambilan suplimen ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita.

Apabila kita berpuasa kadang2 badan kita cepat letih dan cepat penat kan..ini berlaku sama ada badan kita mmg betul2 penat sebab kekurangan air atau sebab minda kita sendiri yg set dari awal lg apabila berpuasa badan kita akan letih...tepuk dada tanya iman :-)

Di sinilah..pentingnya kenapa kita mengamalkan pemakanan yang boleh mengekalkan kesegaran dan kecergasan sepanjang hari seperti kurma, oats dan supplements (makanan tambahan)


Jadi, bagaimana pula jadual makan vitamin shaklee pada bulan puasa?

Waktu Sahur:
  • Minum segelas Perfromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink, ESP dan Mealshake (gabungan terbaik).
  • Vitalea, B Complex, Peppermint Ginger Plus, Vit C & Vivix
Waktu berbuka:
  • Minum segelas Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan Alfalfa, Vit C, Garlic & Lecithin/Omega Guard
Sebelum Tidur:
  • Amalkan minum segelas ESP & 1 sudu Vivix.
  • Ostematrix, Vit E/GLA & Collagen


Atau boleh juga ikut macam ni:-


1.Yang biasa ambil pagi  - ambil selepas berbuka puasa
2.Yang biasa ambil tengah hari - ambil selepas Terawikh/moreh
3.Yang biasa ambil malam - ambil masa sahur

Bagi yang ada masalah dengan cara makan vitamin pada bulan puasa boleh berhubung dengan pengedar Shaklee yang anda berurusan atau hubungi yati sendiri..

Semoga Ramadhan kali ini memberikan lebih keberkatan dan lebih baik daripada Ramdahan sebelum ini. Insyaallah.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 21 May 2017

Cara Hilangkan Jeragat dengan Berkesan & Mudah

"Saya dah guna macam2 produk, dah cuba pelbagai cara, tapi jeragat masih lagi tak hilang".
Ayat ini selalu je kakak-kakak seperti puan mesej yati. Jadi hari ini, puan tak perlu risau lagi,yati kongsikan tips untuk hilangkan jeragat dengan berkesan dan mudah.

Jeragat merupakan mimpi ngeri bagi setiap wanita2 diluar sana.
Jeragat jika dibiarkan lama2 wajah kita akan dipenuhi dengan jeragat degil dan semakin lama semakin banyak dia naik dan bermaharajalela di wajah.

Jadi dengan tips yang yati nak kongsikan kali ini,pasti puan akan teruja dengan wajah sendiri...


Untuk menghilangkan jeragat,kita perlu tahu apakah faktor2 penyebab berlakunya jeragat.Sebabnya kita tak nak bagi jeragat2 yang baru menapak di muka kita..cukuplah jeragat sedia ada yang degil tak nak pergi jauh2 ni kan..

Faktor Jeragat:-
1.Terdedah kepada cahaya matahari.Kesan cahaya matahari akan menyebabkan kehadiran jeragat.
2.Penggunaan ubat2 hormon.Contohnya pil perancang.Sebab itu kebanyakan yang mengalami jeragat ramai di kalangan ibu2 selepas bersalin anak pertama. Hormon yang tidak stabil juga merupakan punca utama jeragat.
3.Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit,ini sangat bahaya bukan sahaja jeragat,malahan jerawat juga akan timbul.Jadi berhati2 dalam penggunaan kosmetik dan produk skincare yang terdapat di pasaran.
4.Keturunan

Yati gabungkan 3 langkah mudah untuk mencegah dan menghilangkan jeragat dengan menggunakan 3 vitamin Shaklee iaitu GLA Complex, Vitamin C & Vitamin E.


jeragat shaklee
1)GLA Complex.

GLA Complex shaklee adalah yang terbaik kerana ia ada 2x ganda lebih GLA berbanding produk lain dipasaran.

GLA Complex ialah sejenis vitamin yang tolong perbetulkan hormon puan. Bila umur meningkat, hormon jadi lebih tak stabil. Banyak puncanya, stress. monopaus, radikal bebas, pil perancang, hamil dan sebagainya. Remaja juga sering kali mengalami masalah hormon tidak stabil.

Bila hormon stabil, kulit jadi sihat dan kuat. Senanglah jeragat hilang.

Selain itu, GLA Complex juga ada vitamin E yang memulihkan sel jeragat, menegang dan mencerahkan tompok hitam.

Tugas penting GLA Complex:

 🌼Membantu menstabilkan hormon dengan CEPAT,
 🌼Meningkatkan penyembuhan sel mati.
 🌼Memudarkan bintik hitam akibat sel rosak
 🌼Menghalang antara punca utama jeragat iaitu 'Sunburn'
 🌼Menegang dan awet muda.


Vitamin Shaklee hilangkan jerawat dengan mudah

2)Sustained Released Vita C Plus

Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen. Badan kita perlukan vitamin C tetapi badan kita tak dapat hasilkan vitamin C dengan sendiri, ramai wanita yang makan kolagen tetapi lupa nak ambil vitamin C dalam diet pemaknaan seharian.

Dalam banyak kajian, vitamin C dibuktikan boleh mencerahkan kulit jeragat dengan cara menyihatkan kulit.

Vitamin C shaklee ni dia paling hebat sebabnya bersifat sustained release...di mana vitamin C dilepaskan sedikit demi sedikit iaitu 100mg setiap 1 jam. Jadi tiada istilah pembaziran vitamin c di buang melalui air kecil. Badan kita akan dapat menyerap Vitamin C dengan maksimum yang mungkin.

Tugas penting Vitamin C:

🌼Menyihatkan kulit dengan CEPAT.
🌼Membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan BANYAK
🌼Menaikkan antibodi kulit
🌼Mencerahkan kulit dengan semulajadi
🌼Menaikkan seri wajah dari keadaan kusam
🌼Membantu mengatasi sel mati dan hitam.


3)Vitamin E - Melindungi Kulit Daripada Sinar UV

Seperti yang yati ceritakan di awal entry, sinar uv merupakan salah satu faktor utama jeragat. Jadi dengan mengamalkan Vitamin E, sel kulit kita akan menjadi kuat untuk melawan sinar UV A & B.

Vitamin E terkenal dengan vitamin awet muda, dimana ia melambatkan proses penuaan. Vitamin E akan membantu mengurangkan kesan tompok hitam (jeragat), jadi MESTI ambil Vitamin E!

TESTIMONI VITAMIN C + VITAMIN E


Percayalah,yakinlah jeragat anda tidak akan selama-lamanya kekal di wajah anda jika anda konsisten dengan vitamin yang yati cadangkan ini. Nak lagi berkesan, tambah protein (ESP) dan juga skincare nutriwhite..yang ni lagi super dooper berkesan.Insyaallah.

Jangan tunggu lama-lama, jangan biarkan jeragat yang sedia ada menjadi bertambah hitam, dan jangan menambahkan lagi tompokan jeragat yang baru. Bertindak hari ini juga. Hubngi yati, pasti ada tips menarik dan cara makan vitamin dengan betul supaya vitamin dapat bertindak dengan berkesan.

sms/whatsapp 013 2221663 

Nak order vitamin sendiri?Berita baik, anda boleh buat tempahan sendiri melalui eSell Shaklee. Masukkan maklumat peribadi seperti, alamat, nama no tel untuk pengeposan. Anda boleh membuat pembayaran melalui kredit kad atau debit kad. Selepas membuat pembayaran, pihak shaklee akan proses order dan uruskan pengahantaran vitamin terus ke anda. Yati akan hubungi anda untuk menerangkan jadual makan vitamin dengan betul.Jangan risau walaupun anda membuat order sendiri,yati tetap akan konsult sepenuhnya.

ORDER VITAMIN JERAGAT SENDIRI.KLIK SINI.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121