Saturday 22 February 2014

Faedah Berjalan Kaki yang anda Perlu Tahu;10,000 Langkah Sehari

Sempena musim sahut cabaran 10,000 langkah sehari, hari ini yati nak share tentang faedah berjalan kaki yang perlu kita tahu.

Kenapa 10,000 langkah?
  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit

Jom kita lihat di antara faedah berjalan kaki:

1. Dapat menyihatkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
2. Mengawal tekanan darah. Dapat elak penyakit darah tinggi dan strok.
3. Meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah, sekaligus mencegah penyakit kencing manis.
4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi sihat, mantap dan berotot.
5. Dapat mengurangkan tekanan yang sedang dihadapi. Membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membantu seseorang itu berasa seronok, tenang dan riang.
6. Mengekalkan kekuatan otot dan tulang. Mengurangkan risiko atau masalah tulang rapuh.
7. Orang lelaki yang berjalan 30 minit sehari dapat mengurangkan risiko mendapat kanser prostat dengan begitu ketara, dan mampu mengurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 60%. 

Banyakkan faedah yang kita akan dapat dengan berjalan. Oleh itu, jom kita jadikan amalan banyak berjalan sebagai aktiviti wajib dalam hidup seharian kita. Lepasni kita parking kereta jauh2 dari shopping complex atau ofis ya.hehe.Semoga kita mendapat manfaatnya..Insyaallah. Nak lagi tips kesihatan?Klik SINI

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment