Friday 7 February 2014

AWAS,Simptom Meroyan; Panduan Elak Meroyan

Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun, ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan bunga-bunga bahagia yang sedang mekar.
Tempoh sepanjang berpantang adalah sangat penting untuk dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tidak diatasi dengan sewajarnya, wanita terbabit mungkin boleh menderita seumur hidupnya.

Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.

Di dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada tiga peringlat mengikut tahap keseriusannya iaitu postpartum blues, postpartum depression dan postpartum psychosis.

Postpartum Blues
-adalah masalah perubahan emosi yang normal dan tidak serius. Masalah ini memag kerap berlaku kepada wanita selepas bersalin. Perubahan emosi ini memuncak pada hari  ketiga hingga kelima selepas bersalin. namun ia akan berkurangan selepas lebih kurang 10 hari bersalin dan akhirnya kembali seperti sedia kala.

Postpartum Depression(kemurungan)
-adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu terbabit mendapatkan rawatan daripada doktor pakar. Kemurungan yang di alami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Difahamkan masalah ini boleh berlaku di kalangan satu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun 10  sehingga 20 peratus di kalangan ibu yang sedang hamil.

Postpartum Psychosis
-turut dipanggil gila meroyan merupakan peringkat paling teruk. Perlu anda ingat bahawa masalah ini sangat jarang berlaku kepada wanita selepas bersalin. Malah, ia juga berbeza daripada masalah psikosis biasa yang berlaku kepada masyarakat umum. Hal ini kerana masalah yang dialami mempunyai kaitan dengan proses bersalin yang dilalui penghidapnya.

-Di kalangan 1000 orang ibu yang melahirkan, satu hingga dua orang boleh diserang psikosis selepas bersalin.Psikosis berlaku apabila individu berkenaan mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal. Oleh sebab emosinya tidak stabil dan berubah-rubah, ibu mudah menjadi murung atau sedih melampau dan sering menangis.


Panduan Elak Meroyan

  1. Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai ibu bapa daripada kawan-kawan, keluarga atay bahan-bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  2. Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami. Ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin.
  3. Dapatkan pembantu rumah jika mampu. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda yang masih lemah.
  4. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar dihalaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  5. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa jua perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  6. pengambilan diet. Pemakanan yang sihat juga pening dititikberatkan untuk kembali cergas. elakkan diri daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang.Makanan seimbang dapat menghindarkan diri anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.
  7. Bersikap realistik. Ketika dalam tempoh jagaan selepas bersalin, anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa yang sama belajar teknik menguruskan bayi dengan betul.namun jangan bebankan diri dengan perkara-perkara yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting, anda perlu seronok dengan pengalaman yang baru
  8. Ingat ALLAH taala. Sentiasa lah beristighfar kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad. Bersyukur dengan rezeki yang tidak terhingga ini. Enjoy your new life...Yeaahhh!!!


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment