Monday, 27 January 2014

Kenali Lemak dalam Badan Anda;Jangan Cepat Berputus Asa

LEMAK OH LEMAK...Pernah tak anda cuba berdiet beberapa minggu tapi nak turun 1-2 kg pun susah? Selepas 2-3 bulan, anda give up dan kata "jaga makan pun tak turun, baik aku makan jer".. & anda pun kembalilah ke cara makan yang sama?

Kenapa jadi macam tu?Sebenarnya, ada 3 Jenis Lemak dalam badan kita. Jom kita kenali jenis-jenis Lemak dalam badan kita:

1) Structural Fat
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

2) Normal Fat Reserve
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'

3) Abnormal Stored Fat
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda !!

Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik chemical dan hormon 'estrone' yang akan menggangu sistem tubuh anda.. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !!

So... Nampak kan? Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ!!

Hanya jika anda teruskan 'perjuangan' untuk membakar itu, barulah Lemak Jenis 3 itu di bakar !! Tetapi, biasanya.. Ketika itu anda sudah pun Give Up dan kembali kepada cara makan yang sama! Hasilnya? Lemak itu akan 'bergumbira' melebarkan sayap-sayap mereka...huhuhu !!



Beberapa point penting yang WAJIB kita perlu tahu untuk membakar lemak dengan betul:-
  1. Sebenarnya pertambahan berat badan kita adalah disebabkan pertambahan “LEMAK” didalam badan kita. Oleh itu soalan yang wajib kita tanya apabila ingin menurunkan berat badan adalah bagaimana kita dapat membakar lemak didalam badan kita dengan cara dan kaedah yang betul agar badan tetap kekal pada paras badan yang ideal BMI nya. Ini sepatutnya ditanya pada diri sendiri
  2. Pembakaran lemak dibadan sangat sangat bergantung kepada “metobalisma” didalam badan. Tinggi metabolisma maka tinggi kekuatan pembakaran lemak didalam badan dan begitulah sebaliknya. Maka soalan yang wajib ditanya pada diri adalah bagaimana ingin meningkatkan metabolisma didalam badan.
  3. Bagaimana lemak terhasil didalam badan SANGAT SANGAT berkait rapat dengan pengambilan KALORI didalam menu seharian. Banyak kalori didalam hidangan makanan maka banyaklah lemak yang akan terhasil didalam badan nanti. Jadi soalan yang wajib ditanya pada diri adalah “aku harus mengkaji makanan manakah yang menyumbang KALORI paling banyak didalam menu makanan harian aku?”. Jadi bila dah tahu maka kurangkanlah pengambilan makanan yang menyumbang kepada tinggi kalorinya didalam menu kita
Moral of the story ~ Jom kita konsisten dalam apa jua yang kita lakukan, kerana ramai yang give up bila kita semakin hampir dengan kejayaan !!


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Saturday, 18 January 2014

Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu

Apabila ibu hamil/ibu menyusu mendapat jangkitan dan memerlukan antibiotik untuk mencegah virus/penyakit,mereka akan menjadi was-was sama ada untuk makan antibiotik atau tidak, ini kerana risau akan ada kesan sampingan kepada bayi.
Untuk pengetahuan anda semua, garlic atau bawang putih merupakan antibiotik semulajadi dan selamat untuk ibu hamil atau pun ibu menyusu. Jom kita tengok bagaimana garlic/bawang putih membantu ibu hamil dan ibu menyusu.
Manfaat Bawang Putih
Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.
Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema. Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
Manfaat Utama Garlic Shaklee adalah:

Antibiotik
Garlic Shaklee
  1. Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  2. Menghalang Alergi - mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yamg sensitif, sinus, alergi, asma, selsema, hepatitis.
  3. Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman.
  4. Memoderatkan tekanan darah tinggi - kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  5. Detoksifikasi - garlic mampu mengeluarkan raksa, plumbum dan kadmium iaitu logam toksik dari tubuh dengan pantas.
  6. Menurunkan kolesterol - menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  7. Mencegah Kanser - membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser - Nitrosamine.
  8. Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh kita.
  9. Arthritis - bantu mengurangkan bengkak-bengkak pada sendi serta sakit berkaitan akibat bengkak-bengkak tersebut.
  10. Mengandungi spearmint - memertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
*Bagi ibu mengandung dan ibu menyusu, anda dinasihatkan merujuk terlebih dahulu kepada yang lebih pakar (doktor) sebelum anda mengambilnya dan haruslah dalam kuantiti yang betul...jangan terlebih sudah..hehehe.

Lagi tentang Rahsia Bawang Putih? Klik SINI
Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

Sunday, 5 January 2014

Merawat Gastrik Dengan Vitamin Shaklee

Mesti ramai pembaca2 kesayangan saya menderita sakit gastrik kan?Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi bersangka baiklah dengan Allah taala.Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan. Pandanglah kesakitan atau musibah itu sebagai nikmat dari Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

Berbalik kepada tajuk entry saya hari ini iaitu merawat gastrik dengan vitamin shaklee....jadi meh la kita baca sedikit info tentang gastrik ni.

Apa itu Gastrik?
Adalah radang yang dihadapi pada dinding perut pesakit. Gastrik yang berterusan boleh membawa kepada risiko kanser colon. Jadi jangan ambil mudah. Rawatlah gastrik.

Punca Gastrik?
Jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) adalah punca utama ulser perut atau gastrik ini.

Bagaimana Boleh Terjadi?
Dalam proses penghadaman satu asid akan dikeluarkan. Asid ini disebut sebagai hidroklorik. Bersifat hakis dan boleh melarutkan besi. Jika asid ini lebih dari mukus atau cecair bikarbonat di dalam perut. Maka akan mencetus rasa sakit yang dipanggil gastrik.

Tanda Gastrik
1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
2. Senak
3. Berangin atau pedih
4. Sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
5. rasa mual (loya) dan muntah
6. Hilang selera makan
7. Berat badan menurun (pada peringkat teruk)

Pesakit gastrik masih boleh mengelak dari terkena serangan. Paling utama, pilihan makanan. Ada makanan yang selamat, juga makanan yang patut dielak.

Cara Merawat dan Menangani Gastrik 
●Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
●Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
●Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam).
●Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
●Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
●Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
●Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
●Ambil susu soya kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.

Cadangan Vitamin Shaklee untuk merawat Gastrik ialah:

Vitamin Shaklee untuk Gastrik
>>Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. 
>>Asid amino ini membantu memulihkan kembali sel-sel dinding perut yang rosak diakibatkan oleh hakisan oleh asid hidroklorik. 
>>Ia mengandungi 14 gram protein soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Sifat kealkalian yang tinggi jugak amat membantu di dalam proses meneutralkan kembali keadaan asid berlebihan didalam perut.
>>Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yg konsisten.
>>Protein soya bukan GMO ini dihasilkan dibawah satu program digelar Identity Prservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah saat pemprosesannya.

2.B Complex
Tahukah anda tekanan juga boleh mengakibatkan gastrik? 
>>B complex amat membantu dalam proses sintesis DNA, jadi ia berindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
>>B complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B (Vitamin B1 Tiamin, Vitamin B2 Riboflavin, Vitamin B3 Niacin, Vitamin B6, Folate, Vitamin B12 Cynocobalamine, Biotin dan Panthothenic Acid) yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.

>>Suplemen lengkap yang mengandungi Kalsium, Magnesium & Vitamin D. 
>>Ia sanagt membantu di dalam mengurangkan keasidan perut dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus yang menyebabkan kesan pedih ulu hati.
>>Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

4) Peppermint Ginger Plus 
>>Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
>>Kajian klinikal menunjukkan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan.
>>Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Apa2 pun kita hanya berusaha, selebihnya berdoa dan bertawakkallah kepada ALLAH taala. Yang penting jgn dok sedih sorang2..jgn dok sakit sorang2..jgn dok pasrah tak tentu pasal tanpa apa2 usaha ;-)Amalkan cara hidup yang sihat, jaga makan, semoga kita semua di lindungi ALLAh taala.Insyaallah Aamiin.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-
FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe 
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121