Sunday 22 September 2013

Kelebihan Vitamin E

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut lemak, dan juga salah satu agen antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ianya juga vitamin antioksidan yang sangat bagus dan menghalang dari penuaan sebelum usia. Tentunya setiap orang tidak mahu tua sebelum masanya kan?


Vitamin E juga memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Sumber Vitamin E
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin.

Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
1. Penuaan kulit sebelum masa.
2. Rambut gugur
3. Anemia
4. Gangguan penglihatan
5. Warna kulit tidak sekata
6. Mudah mengalami keradangan

Kelebihan Vitamin E Shaklee ialah:-
Mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium.Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjangkerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Dos yang selamat diambil sehari adalah sebanyak 400iu sehari. Berita baik kerana Vitamin E Shaklee adalah juga sebanyak 400iu :-)


Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim 
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment