Thursday 9 May 2013

Awet Muda;Tips mengikut Islam

"Siapa nak awet muda?"saya rasa semua orang akan jawab "saya naaakkk awet muda..."..termasuk saya sendiri pun nak.:-)..selalunya jika kita sebut tentang awet muda semua akan fikir orang perempuan je nak awet muda...sebenarnya tak kira lelaki ke perempuan semua minat nak awet muda..cuma orang lelaki ni dia tidak se"excited" perempuan..orang lelaki nak tapi tak tunjuk..macam malu2 kucing gitu. Contohnya..kalau ada orang cakap suami saya awet muda...mesti suami saya senyum sampai telinga..(minta ampun ya en.suami..sebab jadikan contoh dlm entry kali ini..jgn marah nnt cepat tua..hahaa)



Ok, jom kita lihat di antara amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk awet muda. Terdapat banyak petua awet muda sebenarnya...Berikut diantara petua dan rahsia awet muda cara islam yang boleh dijadikan panduan untuk anda semua:-


1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
*Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
*Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

5. Sentiasa amalkan baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah.



6. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

7. Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar.

8. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

9. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika memandang wajah kita di cermin maka baca lah doa ini agar kita akan selalu bersyukur dengan wajah pemberian Allah S.W.T.


11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

12. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

13. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

14. Amalkan solat tahajud.

15. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

16. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

17. Maafkan semua orang sebelum tidur.

* Selain daripada petua-petua di atas, amalan pemakanan dalam seharian juga memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan awet muda seseorang. Contohnya megamalkan makan ulam-ulaman dan supplement. Shaklee juga menyediakan produk-produk vitamin untuk rasa lebih sihat, dan kulit lebih muda menawan yang lengkap dengan nutrisi penting untuk menyerlahkan kejelitaan anda.Shaklee telah menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran produk berkhasiat selama lebih daripada 50 tahun. Vivix merupakan produk anti penuaan terulung dalam penemuan shaklee.

Credit:Sumber

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda di Kemaman Terengganu melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment