Tuesday 9 April 2013

Kenali Sistem Imun Anda

Di dalam badan kita ada sistem perlindungan yang sangat menakjubkan, ia dikenali sebagai sistem imun, yang dicipta untuk melindungi kita dari berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sentiasa menyerang tubuh kita.

Sistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Berikut adalah beberapa petikan dari temubaul antara Gerald Chuah dengan David Liaw mengenai kepentingan sistem imun dan bagaimana menggunakan makanan semulajadi dan nutrisi untuk mengembalikan kesihatan optimum diri seseorang.

Soalan: Apakah kajian saintifik terkini dan penemuan mengenai sistem imun?

Tekanan, pemakanan yang tidak sihat, dan pencemaran alam sekitar dikenalpasti sebagai faktor utama yang memberi kesan ke atas sistem imun. Berbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui impak pemakanan ke atas sistem imun dan mekanisma di dalam usus kecil.

Bagaimana kita mengasimilasikan makanan kita dan persekitaran mempunyai kesan yang mendalam ke atas tali perut kita. Kajian menunjukkan bahawa tali perut kita menempatkan komponen imun yang terpenting ia itu sistem limfoid, yang memainkan peranan besar dalam penyelarasan sistem imun yang lain dengan fungsi kawal selia tubuh kita.

Soalan: Sebelum ini kurang perhatian diberi kepada sistem imun, kenapa penekanan yang besar diberikan sekarang?

Peningkatan ketoksikan, peningkatan jumlah kanak-kanak yang menunjukkan gejala penyakit seperti hipertensi, kolesterol tinggi, diabetes, dll adalah pola pemberitahuan. Di samping itu penularan selsema burung dan selsema babi meletakkan orang ramai dalam kewaspadaan yang tinggi.

Soalan: Apa faktor dalaman dan luaran yang memberi impak kepada sistem imun kita?

Tekanan fizikal dan psikologikal berterusan yang berpunca dari gaya hidup, emosi, dan sistem kepercayaan; ketoksikan sama ada dari pencemaran udara, makanan, dan air; dan pemakanan dan ubat-ubatan, mempunyai kesan langsung ke atas fungsi imun usus kecil.

Soalan: Apa yang akan berlaku bila sistem imun kita terjejas atau gagal berfungsi?



Ramai yang tidak sedar bahawa sistem imun kita sentiasa bekerja keras, setiap saat 24 jam sehari, untuk mengawal dan mengimbangi pelbagai spesis biotik badan seperti bakteria dan fungus. Ia hidup di dalam badan kita, bekerja untuk kita, dan jumlahnya lebih banyak dari sel kita sendiri.

Kebanyakan dari kes kronik yang kita hadapi hari ini berlaku apabila sistem imun kita terpicu berlebihan, berkurangan, atau tidak berfungsi; dari selsema, alergi, sindrom kelesuan kronik, pelbagai jenis masalah penghadaman; ke masalah auto-imun kronik seperti arthritis, diabetes jenis 2, Lupus, dan lain-lain alergi.

Soalan: Apakah tanda-tanda awal dan gejala?

Bermula dengan benigna, yang ramai tidak ambil peduli atau tolak ke tepi. Ia menjejaskan fungsi harian kita seperti masalah buang air besar, sakit kepala, perubahan berat badan dan selera makan, ketagihan, susah tidur, mudah marah, masalah kulit, perasaan tidak menentu, dan kemurungan.

Beri perhatian kepada tubuh anda, jika anda peka anda akan tahu. Ianya sesuatu yang tidak biasa berlaku, dan kekerapannya bertambah dari hari kesehari. Jangan biarkan sehingga anda sakit teruk.Di zaman ini, tiada had umur bagi mengalami kecelaruan imun.

Soalan: Bagaimana untuk menterbalikkan keadaan kesihatan yang tidak baik kepada yang baik.

Secara ringkasnya, cari punca masalah. Memandangkan ketoksikan dan tekanan merupakan punca utama, detoksifikasi adalah penting. Buang tekanan fizikal dan mental, pulihkan semula sistem imun, demi untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Dari temubual tadi dapatlah disimpulkan bahawa untuk memulihkan penyakit dan mengembalikan kesihatan optimum, kita perlu mencari punca masalah dan menyelesaikannya, antaranya dengan melakukan detoksifikasi dan memulihkan kesihatan sistem imun.

Sumber:
Dipetik dari temubual Gerald Chuah, wartawan The New Straits Times, dengan David Liaw, pengamal terapi holistik yang mendapat latihan terapi nutrisi dan terapihipno di United Kingdom. The New Straits Times, 4 Feb 2012.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.

Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.

Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon.

Klik sini untuk maklumat lebih lanjut tentang Nutriferon Shaklee.

Sekiranya anda berminat dengan vitamin shaklee yang bermutu tinggi ini bolehla hubungi saya, pengedar sah shaklee anda melalui:-

FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121

No comments:

Post a Comment