Tuesday 18 December 2012

Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil

Ok jom kita lihat dengan lebih lanjut lagi mengenai kandungan dan kelebihan yg ada dalam setiap vitamin shaklee untuk ibu hamil. Kenapa Vitamin Shaklee menjadi pilihan yati dan juga pilihan ramai ibu-ibu di luar sana.

1. Vita-lea Iron Formula
-Mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian. Vita_lea merupakan  multivitamin jadi ibu tak perlu mengambil Obimin lagi.
-Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
-Kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam@ mudah pening @pun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin.
-Melengkapkan nutiren yg kurang.

2. B-Complex

-Sangat penting dalam kehamilan, ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yg amatpenting untuk pembesaran.
-B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. 
-Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

3.Vita C Sustained Release 500mg/ vita C chewable 100mg




- Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen tubuh dan membantu sistem antibodi.
-Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
-Membantu dalam penyerapan zat besi yg sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yg membawa oksigen dlm darah.
-Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
-1 biji vitamin C 500mg bersamaan dgn 7 biji buah oren manakala 1 biji Vitc chewable 100mg bersamaan 1 1/2 biji buah oren.


4.Ostematrix


-Seseorang wanita memerlukan dua kali ganda kalsium apabila mengandung iaitu lebih kurang 1000mg-1300mg sehari.

-Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral2 lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah dan mengelakkan sembelit.

-Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerak balas saraf dan kontraks otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporosis.

-Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

-Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.



5.ESP (Energizing Soy Protein)




- Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


6.Omega Guard

 Omega Guard dibenarkan pengambilannya pada peringkat trimester ke2 dan ke3.

-Omega-3 telah didapati penting untuk pembangunan neurologi dan awal visual bayi.  Omega-3 juga digunakan selepas bersalin untuk proses penghasilansusu ibu. 
-Kajian telah mengesahkan bahawa menambah EPA dan DHA kepada diet seorang wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pengembangan bayi. 
-Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaanyang lebih tinggi omega-3 boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
-Omega-asid lemak mempunyai kesan positif ke atas kehamilan .Peningkatan pengambilan EPA dan DHA membantu  mencegah risiko semasa proses bersalin dan mengurangkan risiko pre-eklampsia. 
- Untuk ibu ia membantu mengawal paras kolestrol di dalam badan.

Untuk keterangan lanjut boleh la hubungi yati .



FB:Haryati Mat Yasim
Fanpage:Haryati to U shoppe
Email:haryati.yasim@gmail.com
sms / whatsapp :0132221663
ID No :909121
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909121]
[013-2221663, haryati.yasim@gmail.com]




No comments:

Post a Comment